Wednesday, March 9, 2011

Money Matters..

Hari ini saya ingin menulis dalam bahasa ibunda... Hari ini hari malas saya.. walaupun saya sibuk tengahari hingga ke petang tadi, pulang saja ke rumah 'mood' malas saya bersambung semula.. saya baca blog.. dan dalam banyak2 blog yg saya baca itu, terdapat beberapa komen berhubung duit.. Isu sensitif ni, tapi tak dapat nak dielakkan.. saya sering bergurau dlm serius dgn suami, kat Malaysia ni, bagi kaum perempuan, duit kita adalah duit kita, duit suami pun duit kita juga (org Johor ni terbiasa panggil kita = saya). Dia jeling jer... saya buat tak paham.. :P

Kita wanita muslim ini beruntung kan? Islam menggariskan hak kita dgn jelas. Harta kita adalah harta kita, suami, ayah atau saudara lelaki tidak berhak memaksa kita menyerahkan harta kita itu utk kegunaan mereka. Suami bertanggungjawab ke atas nafkah dan keperluan asas dalam sesuatu rumahtangga. Asas termasuklah makan pakai dan kediaman. Yang lebih dan bermewah-mewahan tu tak lah termasuk dalam kewajipan dia. Si isteri pulak, kalau terasa nak berkongsi beban, tidak la dilarang sama sekali. Suami sila ucapkan alhamdullillah yek.. Jangan ler nak demand pulak kan?

Saya melihat, merasa dan memikir (cam tak sedap jer bahasa saya ni.. harap maaf bm tak dpt A dulu..), zaman ni terlalu banyak kos kehidupan yg perlu kita tampung.. gaji 3, 4 hatta 5 angka pun mengadu tak cukup.. ramai wanita bukan lagi bekerja dgn rela, tetapi terpaksa demi menampung keperluan keluarga. Saya memang sangat2 sakit hati bila dengar ada yg mengadu terpaksa bekerja lebih masa sebab keperluan keluarga tak cukup, anak bertambah, tapi suami pulak buat2 cam dia pulak jadi isteri.. duit dia, duit dia, duit isteri pun dia sapu jugak... ada yg nak kena baling ni!! Saya dulu memang ganas, cadangan saya selalunya, "Sila ceraikan suami anda itu memandangkan anda boleh hidup tanpanya!!" (dan suami saya yg selalunya akan terdengar cadangan saya itu akan segera menjengkilkan matanya yg sedia besar itu mcm nak telan saya adanya..)....Tapi bila umur dah meningkat ini cadangan saya sudah berubah halus sedikit, saya akan mencadangkan kepada cik kak yg mengadu itu supaya tau hak anda, bijaksana mengurus perbelanjaan rumah, jgn ler tunjuk bahawa anda itu superwoman yg amat bahawa anda boleh mengurus semua perkara, sila campakkan masalah anda kepada suami keparat anda itu, dan sentiasa buat cc kepada pihak2 yg boleh mengambil tindakan sewajarnya kpd dia cthnya mak & pak mertua anda.. Apapun, sila buat simpanan sewajarnya supaya sekiranya terjadi sesuatu, anda adalah bersedia.. (Seriously woman! side saving is important! you'll never know what'll happen in the future!)..

Saya sudah menjadi makcik makcik hari ini..!

3 comments:

  1. saya mmg ada hajat nak buat entry pasal kewangan.. hehehhehe... pompuan kalau tak larat kerja, kena redho aje dgn apa yg laki bagi.. tak leh complaint kan? saya takkk, saya over, hehehhehe

    ReplyDelete
  2. redho.... tapi kena la bijak yek tak?
    ps: saya pun oveerrrrr jugak.. hehehe...

    ReplyDelete